+603-5521 8580 info@sidec.com.my

Kerajaan Negeri Selangor melalui Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (SIDEC) Sdn Bhd dan Invest Selangor Berhad telah melancarkan Kempen Selangor E-Bazar CNY bersama Shopee dan Lazada.

Kempen ini bertujuan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan perniagaan mikro menerapkan digitalisasi dalam perniagaan mereka untuk terus bertahan dalam situasi ekonomi yang mencabar pasca pandemik Covid-19.

Di samping itu, kempen ini juga akan menyediakan platform yang selamat untuk pengguna membeli pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan secara atas talian.

Adalah diharapkan agar sambutan Tahun Baru Cina diraikan dengan penuh semangat dan kemeriahan walaupun dalam keadaan yang mencabar.

Kerajaan Selangor memperuntukkan baucar diskaun bernilai RM2 juta untuk penjual-penjual yang menyertai kempen Selangor E-Bazar CNY untuk menarik lebih ramai pembeli dan seterusnya meningkatkan jualan peniaga.

Kempen ini akan bermula dari 1 Februari sehingga 7 Mac 2021. Peniaga PKS dan peniaga mikro perlulah mendaftar di platform SHOPEE dan LAZADA untuk menjadi penjual dalam kempen ini.

Syarat utama adalah alamat perniagaan mesti berdaftar di negeri Selangor beserta syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Shopee dan Lazada.

Kisah kejayaan

Kempen E-Bazar 11.11-