Geran Padanan Digitalisasi PKS Selangor

Ingin memperkukuhkan jangkauan digital dalam perniagaan anda? Berniat untuk bergerak selangkah lagi ke arah digitalisasi tetapi kekurangan sumber?

Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan 50% geran padanan atau maksima RM5,000 kepada setiap PKS untuk melanggan pembekal perkhidmatan digital yang ditetapkan. Geran bernilai RM5 juta ini bertujuan untuk membantu PKS Selangor untuk mendigitalisasikan perniagaan mereka. 

5 Bidang Digitalisasi

Syarat Kelayakan

Berdaftar di bawah undang-undang yang berkaitan di Malaysia

Syarikat sekurang-kurangnya 51% dimiliki oleh rakyat Malaysia

Untuk PKS yang mempunyai alamat berdaftar dan beroperasi di Selangor sahaja

Sudah beroperasi sekurang-kurangnya selama 1 tahun

Harus mempunyai perolehan jualan tahunan berjumlah sekurang-kurangnya RM100,000 dan tidak melebihi RM3 juta

Terhad kepada 1 permohonan bagi setiap PKS sahaja. PKS dibenarkan memohon untuk 3 perkhidmatan digital dengan 1 atau lebih pembekal perkhidmatan yang disahkan oleh Sidec.

Lihat Document yang Diperlukan

Lihat Aliran Process

Langkah-langkah untuk memohon

Langkah 1
Pilih DSP yang diiktiraf oleh Sidec dalam bidang digitalisasi yang terlibat

Langkah 2
Sila minta invois proforma dari DSP

Langkah 3
Hantar permohonan anda melalui laman web kami

Langkah 4
Anda akan menerima notifikasi dalam tempoh 21 hari bekerja

Daftar sekarang dan mulakan perjalanan transformasi digital anda hari ini!

Pendaftaran akan tutup pada 12 tengah hari, 31 Disember 2021

Tarikh tutup pendaftaran: 15 Mei 2021

PENDAFTARAN TELAH DITUTUP.

Tarikh tutup pendaftaran: 15 Mei 2021

Disebabkan sambutan yang amat memberangsangkan terhadap
Geran Pemadanan Digitalisasi PKS Selangor 2021,
dana untuk geran tersebut telah digunakan sepenuhnya.

Terima kasih atas sokongan anda.