Selangor e-bazar raya bersama shopee

Raya tetap meriah walau duduk di rumah !

Mengenai Selangor E-Bazar Raya

jana pendapatan dengan memasarkan produk secara online

Untuk membantu Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan Perniagaan Mikro di Selangor memulihkan perniagaan mereka yang terjejas akibat Wabak Covid-19, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan inisiatif “Selangor E-Bazaar Raya” dengan kerjasama platform atas talian Shopee dengan bertujuan menawarkan peluang perniagaan kepada usahawan bagi memasarkan produk secara dalam talian dan menjana sumber pendapatan mereka terutamanya di musim perayaan ini. Kerajaan Negeri Selangor telah mengorak langkah perintis dengan menganjurkan program E-Bazar Ramadan bersama dengan Grab dan kini menganjurkan Program E-Bazar Raya bersama Shopee.

Bagaimana untuk sertai

Sertai dengan 3 langkah mudah:

Daftar akaun shopee

Sila daftar sebagai “seller” di Shopee. Pastikan semua maklumat & gambar produk yang ingin dipasarkan telah disediakan.

Isi maklumat diri

Lengkapkan maklumat diri dan perniagaan anda seperti nama, alamat email, no telefon nama serta alamat syarikat.

Sertai ShopeeUni Basic

Shopeeuni Basic merupakan seminar atas talian untuk membantu peniaga yang berdaftar memulakan perniagaan mereka di Shopee