+603-5521 8580 info@sidec.com.my

14 Jun 2021, Shah Alam – Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan telah memberi kesan yang besar dalam kehidupan seharian kita, menyebabkan masyarakat membuat peralihan pantas ke arah digitalisasi dan mengambil pendekatan baru dalam strategi perniagaan.

Justeru itu, Selangor Accelerator Programme (SAP) Kohort Keempat akan memberi tumpuan kepada peluang di bawah norma baharu seperti Agrotech, Fintech, Greentech, e-dagang dan penyelesaian Smart City (Proptech, Mobility & Logistik).

Pendaftaran untuk program popular ini akan dibuka selama sebulan bermula dari 14 Jun sehingga 14 Julai 2021.

AFFIN BANK ialah bank pertama yang menjadi penaja utama untuk program terunggul SAP sebagai sebahagian daripada komitmen mereka dalam memupuk dan memperkasakan segmen startup.

Program ini juga disokong oleh rakan strategik The Hive Southeast Asia, salah satu daripada lapan VC asing dan rakan tempatan program padanan Dana Penjana Nasional (PNF).

SAP merupakan program berstruktur yang berlangsung selama tiga bulan bertujuan untuk memberi persiapan agar 30 syarikat startup dalam peringkat permulaan bersedia untuk menerima pelaburan. Pemenang tahun ini akan memenangi hadiah daripada kumpulan hadiah wang tunai sebanyak RM50,000.

Selain daripada hadiah wang tunai, peserta akan mendapat bimbingan daripada mentor yang berpengalaman dan menimba ilmu melalui bengkel komprehensif dan memperoleh pendedahan yang berkaitan dengan industri.

SAP ingin membantu para peserta dalam menggilap bukan sahaja produk dan perniagaan mereka, tetapi pasukan utama mereka juga, melalui kelas dan mentor yang akan berkongsi pengetahuan, pengalaman, dan nasihat yang akan membantu pasukan mereka dengan kemahiran dan gaya pitching. Sidec juga akan memudahkan pengujian melalui syarikat subsidiari negeri Selangor.

Program ini juga berfungsi agar syarikat startup dapat mempersiapkan diri untuk hari demo terakhir pada 11 September 2021 dimana mereka akan berpeluang untuk membuat pembentangan kepada pelabur, syarikat korporat dan agensi-agensi kerajaan.

Walaupun tema yang dipilih untuk Kohort ke-4 ini adalah Agrotech, Fintech, Greentech, e-dagang dan penyelesaian Smart City (Proptech, Mobility & Logistik), Sidec mengalu-alukan penyertaan syarikat startup lain yang mempunyai penyelesaian inovatif untuk diterapkan.

Kumpulan-kumpulan SAP sebelumnya telah menyaksikan 90 syarikat startup dipupuk, dengan RM56 juta dalam bentuk kesan riak dijana. 43% daripada 90 peserta SAP telah menerima dana dan ini dianggap sebagai tahap kejayaan yang tinggi untuk syarikat startup.

10 pemenang terbaik SAP 2020 merupakan:

  1. LinkUp Smart Solutions
  2. QueueMed
  3. Ejen2U
  4. Pomen
  5. HeyAlfred
  6. GA Alliance
  7. Didigo
  8. The Carpedia
  9. Footballhub
  10. Trucktrader

Disebabkan oleh situasi Covid-19, program ini akan dijalankan secara atas talian di mana para peserta akan mendapatkan dashboard mereka sendiri untuk semua kursus, webinar dan sesi bimbingan.

Mereka yang berminat digalakkan untuk menghantar permohonan sebelum tarikh tutup. 30 syarikat startup yang disenarai pendek akan memulakan program mereka dari 28 Julai sehingga 5 September 2021.

Sila layari www.sidec.com.my/sap2021 untuk mendaftar.