+603-5521 8580 info@sidec.com.my

Module: Introduction to E-Commerce

Topic: Perniagaan Melalui Media Sosial (Social Commerce)

Speaker 1 – Zodie Mohamed Hanafiah, E-Commerce Business Consultant, AVANA
Speaker 2 – Azharee Hj Wahid, CEO, Akademi Usahawan Mikro (AUM)

Perniagaan melalui media sosial (Social Commerce) berfungsi untuk membantu perniagaan e-dagang berkembang lebih besar. Kebanyakan peniaga e-dagang menggunakan platform media sosial seperti Facebook & Instagram untuk mempromosikan dan menjual produk dan perkhidmatan. Kejayaan perniagaan e-dagang melalui media sosial diukur dengan sejauh mana pengguna berinteraksi melalui ‘LIKE’ dan ‘SHARE’.

Peniaga e-dagang kebiasaanya menyiarkan mesej dengan ciri interaktif untuk mempromosikan jualan atas talian. Sebahagian daripada teknik yang digunakan termasuk:

1) Menjemput pengguna untuk mengundi pilihan produk
2) Menawarkan perkhidmatan pilihan peribadi (personalized)
3) Menggunakan imej grafik yang besar dan menarik untuk menarik klik daripada pengguna
4) Menggunakan video untuk menunjukkan produk yang digunakan dari pelbagai sudut
5) Memaparkan foto, ulasan, dan maklum balas pengguna
6) Menggunakan selebriti terkenal untuk memasarkan produk
7) Menghubungkan terus ke troli beli-belah atas talian
8) Menawarkan promosi atau pemberian hadiah kepada pengguna yang berkongsi produk pada media sosial mereka

Sebagai contoh, blog berkaitan fesyen dan beli-belah menggunakan sosial media untuk menarik minat pembeli untuk membeli barangan yang mereka di platform e-dagang. Banyak blog fesyen popular mempunyai akaun Instagram yang membolehkan pengikut ‘LIKE’, ‘SHARE’ & ‘COMMENT’ mengenai produk mereka yang terdaapt di pasaran.

Jadi, kesimpulannya:
1) Perniagaan melalui media sosial mempromosikan produk dan perkhidmatan melalui laman sosial
2) Bilangan ‘LIKE’ dan ‘SHARE’ adalah ukuran kejayaan untuk kempen e-dagang
3) Perniagaan melalui media sosial juga menawarkan nasihat dan sokongan mengenai produk yang dibeli kepada pembeli atas talian

1Perniagaan Melalui Media Sosial (Social Commerce)21m