+603-5521 8580 info@sidec.com.my

SITEC telah menganjurkan kelas e-Dagang yang pertama buat sesi 2019 di Pusat Kreatif Digital Selangor (SDCC)  i-City, Shah Alam, dengan sesi Pengenalan kepada E-Commerce dalam Bahasa Malaysia. Terdapat dua jurulatih yang mengetuai sesi ini – Sifu Nizzura, Pengarah ViralNiaga.com, dan Azharee Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro (AUM), serta sesi perkongsian syarikat oleh Hazwan Faiz, Pengurus dengan CalaQisya. Kelas ini dihadiri oleh 119 peserta.

Sifu Nizzura bercakap tentang ‘Sistem 3P’ – (Pasaran, Produk dan Promosi), yang merupakan kunci kepada kejayaan peniaga dalam menjalankan sebuah bisnes dalam talian. Bagi mencapai pasaran yang dikehendaki, para peserta diminta untuk menilai minat, hobi dan kekuatan mereka yang boleh memberi manfaat, serta menggunakan media sosial untuk menyebarkan mesej mereka. Kesesuaian topik berkaitan kehidupan seharian seperti kesihatan, wang, hubungan, jantina serta minda adalah topik yang hebat untuk membina mesej, kerana mereka cenderung bertindak balas dengan topik yang berkait rapat dengan kehidupan.

 

Pengurusan produk yang bijak, penjual boleh menjual produk mereka sendiri, melalui pemasaran afiliasi atau dropshipping. Mengenai topik promosi, Nizzura bercakap tentang kepelbagaian metod jualan dan kepentingannya, serta trend pemasaran di Malaysia. Sebagai contoh, peniaga boleh menggunakan khidmat pemasaran berbayar seperti iklan Facebook, ulasan berbayar atau pemasaran influencer. Pengiklanan percuma boleh didapati dalam bentuk pemasaran kandungan, pemasaran viral dan SEO.

Beliau juga berkongsi tentang CPC purata (kos per klik) untuk perbelanjaan iklan Facebook, dengan catatan iklan tertinggi dalam industri Kewangan dan Insurans iaitu pada kadar RM 3.77 setiap klik, dan yang paling rendah ialah iklan dalam industri fesyen / pakaian, iaitu pada kadar RM 0.45 setiap klik.

Jurulatih kedua, Azharee Wahid yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, bercakap tentang strategi asas perniagaan digital dalam talian. Beliau menegaskan kepentingan perniagaan yang memiliki laman web mereka sendiri sebagai sebahagian daripada proses pendigitalan.

Berdasarkan statistik oleh Hootsuite, sebuah perisian perkhidmatan  pengurusan sosial media (SaaS), lebih separuh daripada seluruh dunia menggunakan internet (4 bilion), dengan 75% daripada mereka ialah pengguna media sosial secara aktif (3 bilion). Turut didapati bahawa di Malaysia, 83% pengguna internet menggunakan internet setiap hari, manakala 11% menggunakannya sekali seminggu.

Azharee menggunakan alasan tersebut bagi memujuk syarikat-syarikat ini untuk beralih ke arah laluan digital. Beliau turut  berkongsi bahawa di Malaysia, jumlah tersebut lebih tinggi – dengan 32 juta pengguna, 79% mempunyai akses ke internet, dan 75% adalah pengguna media sosial yang aktif. 68% adalah pengguna mudah alih unik, manakala 69% adalah pengguna mudah alih sosial yang aktif (mereka yang menggunakan media sosial di telefon pintar).

Fakta yang paling menarik adalah, pada Januari 2018, seramai 69% pengguna internet di Malaysia telah menggunakan akses dalam talian untuk mencari produk, dengan 70% mengunjungi kedai dalam talian. 59% telah membeli produk dalam talian, dan 40% telah membuat pembelian melalui komputer riba dan 40% telah membuat pembelian melalui peranti mudah alih. Tidak dinafikan lagi, rakyat Malaysia merupakan pengguna aktif dalam talian dan mudah alih.

Kategori e-Dagang terbaik untuk jualan dalam talian ialah dalam kategori percutian, dengan catatan pengguna membelanjakan sebanyak RM 664 juta setiap tahun; manakala perbelanjaan elektronik dan alatan media adalah pada RM 426 juta, dan perabot dan perkakas pada RM 260 juta.

Oleh itu, peniaga yang tidak merebut peluang daripada penggunaan internet yang tinggi bagi dalam dan luar negara akan menjadi sangat ketinggalan dalam zaman digital ini.

Beliau turut menyentuh perkara-perkara berkaitan pembelian dalam talian, memetik statistik oleh E-CommerceMILO (kini dikenali sebagai EC Insider), di mana 69% pelanggan mencari barangan atau perkhidmatan melalui carian Google, dan 58% pergi terus ke perniagaan web. 51% menemui produk dan perkhidmatan melalui Facebook, 40% disyorkan oleh rakan-rakan, 38% daripada promosi emel, 28% melalui carian rawak dan 17% menggunakan aplikasi mudah alih.

Jelas sekali, kajian itu dibuat bagi memujuk para peniaga untuk memanfaatkan alat ini untuk mencapai pasaran yang mereka mahukan.

Beliau turut berkongsi reka bentuk dan tips untuk membina laman web, dan mengapa mempunyai laman web adalah penting. Beliau juga mengingatkan peserta supaya berhati-hati dan mematuhi undang-undang dengan memaparkan maklumat perniagaan dalam talian yang berkaitan seperti nama syarikat, harga, nombor pendaftaran perniagaan, info, keterangan produk, pilihan pembayaran, terma dan syarat, dan anggaran masa penghantaran . Beliau menegaskan bahawa jika terdapat peniaga yang gagal memaparkan semua info tersebut boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Perdagangan Elektronik).

Dalam sesi terakhir, Hazwan Faiz, Pengurus bersama CalaQisya Sdn Bhd, berkongsi info mengenai CalaQisya, peniaga dalam talian pakaian dan fesyen denim yang disesuaikan dengan keperluan Muslimah (wanita Islam) di Malaysia.

SITEC’s first BM EC Class covers e-Commerce basics


SITEC hosted it’s very first e-Commerce class of 2019 at the Selangor Digital Creative Centre (SDCC) in i-City, Shah Alam, with an Introduction to E-Commerce session in Bahasa Malaysia. Two coaches led the session – Sifu Nizzura, Director of ViralNiaga.com, and Azharee Wahid, CEO of Akademi Usahawan Mikro (AUM), with a company sharing session by Hazwan Faiz, Manager with CalaQisya. The class was attended by 119 participants.

Sifu Nizzura spoke about ‘Sistem 3P’ – Pasaran, Produk dan Promosi (Market, Product and Promotion), which are integral to an e-merchant’s success in running an online store. In terms of reaching their desired market, attendees were asked to evaluate their passion, hobbies and strengths and leverage them, as well as use social media to get their message across. The universality of themes relevant to people such as health, money, relationships, sex and the mind were great topics to frame the messaging on, as people tend to respond well to topics relevant to them.

Product wise, sellers can sell their own products, or products through affiliate marketing or dropshipping. On the topic of promotion, Nizzura spoke about the sales funnel and its importance, as well as marketing trends in Malaysia. For example, sellers can utilise paid marketing such as Facebook ads, paid reviews or influencer marketing. Free advertising can come in the form of content marketing, viral marketing and SEO.

He also shared about the average CPC (cost per click) for Facebook ad spend, with the highest being ads in the Finance and Insurance industry at RM 3.77 per click, and the lowest being ads in the fashion/apparel industry, at RM 0.45 per click.

Second Coach Azharee Wahid, CEO of Akademi Usahawan Mikro, spoke about the basic strategies of digitalising online businesses. He emphasised on the importance of businesses owning their own website as part of the digitalisation process.

Citing statistics by Hootsuite, a social media management software as a service (SaaS), over half of the world’s population is on the internet (4 billion), with 75% of them active social media users (3 billion). It was found that in Malaysia, 83% of internet users use the internet everyday, whereas 11% use them once weekly.

Azharee made the case for companies to go digital – he shared that in Malaysia, those numbers are higher – with 32 million people, 79% have access to the internet, and 75% are active social media users. 68% are unique mobile users, whereas 69% are active social mobile users (those who use social media on mobile).

Most interestingly, it was found that in January 2018, for Malaysia, 69% of internet users have searched online for a product, with 70% visiting online stores. 59% have purchased products online, and 40% have made purchases on a laptop or desktop, and 40% have made purchases via a mobile device. Truly, Malaysia is going online- and mobile.

Top e-Commerce categories for online sales included travel, with users spending RM 664 million annually; electronics and physical media at RM 426 million, and furniture and appliances at RM 260 million.

Thus, sellers who do not take advantage of the high penetration of internet locally and globally by going online would be severely losing out in this digital age.

He also touched on points of touch for online buyers, citing statistics by E-CommerceMILO (now known as EC Insider), where 69% of customers looked for items or services through searching Google web, and 58% going directly to web stores. 51% discovered products and services through Facebook, 40% were recommended by friends, 38% were from promotional emails, 28% through random browsing and 17% using mobile applications.

Clearly, the case is made for sellers to leverage these tools to reach their desired markets.

He also shared design and tips for websites, and why having a website presence is important. He also warned the audience to be careful that they follow the laws by displaying pertinent business information online such as their company name, clear pricing, business registration number, contact information, product descriptions, payment options, terms and conditions, and the estimated delivery time. He emphasised that sellers may be flouting the law under the Consumer Protection Act 1999 (Electronic Commerce) should they fail to clearly display all these necessary information.

Lastly, Hazwan Faiz, Manager with CalaQisya Sdn Bhd, shared more about CalaQisya, an apparel e-seller selling comfortwear and denim clothes tailored to the needs of Muslimah (Muslim women) in Malaysia.