LATIHAN PEMBELAJARAN PENDIGITALAN PELANCONGAN NEGERI SELANGOR (SIRI 1)

Adakah anda salah seorang daripada mereka yang terkesan dalam industri pelancongan di negeri Selangor yang akibat oleh Covid-19? Anda sedang melihat platform baru untuk membantu anda mencipta idea menjana pendapatan secara digital!

TENTANG INISIATIF TOURISM SELANGOR

Program Latihan Pembelajaran Pendigitalan Pelancongan Negeri Selangor adalah sebuah inisiatif dibawah Pelan Pemulihan Pelancongan Negeri Selangor untuk membantu pemain industri meneroka perkara baru dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19.

Kebanyakan hotel, agensi pelancongan dan tempat-tempat pelancongan terpaksa berhadapan dengan pemberhentian operasi mereka berikutan sekatan perjalanan yang dikuatkuasakan akibat pandemik covid-19.

Objektif Program

  • MEMPROMOSIKAN e-dagang dan digitalisasi kepada usahawan pelancongan Selangor
  • MENGGALAKKAN usahawan pelancongan Selangor untuk mula menggunakan platform dan perkhidmatan e-dagang
  • MENINGKATKAN kemahiran sumber manusia (upskill & reskill)
  • MEMBERI pendedahan yang lebih meluas mengenai e-dagang & digitalisasi
  • MENARIK minat usahawan Selangor menceburi industri e-dagang

Manfaat Program

  • KEMAHIRAN praktikal untuk memulakan perniagaan e-dagang
  • BOLEH bermula menggunakan platform dan perkhidmatan e-dagang dan pemasaran digital
  • PEROLEH pengetahuan baru mengenai e-dagang dan digitalisasi daripada pakar industri
  • MENJANA pendapatan melalui platform e-dagang
  • PELUANG pekerjaan di dalam industri e-dagang dan digitalisasi

Jom sertai kami untuk bimbing anda mula menjual di laman media sosial serta platform e-dagang, belajar jana pendapatan melalui content dan copywriting yang boleh menarik pembeli dan yang paling best sekali anda dapat mengetahui mengapa Google Marketing penting dalam perniagaan online.

Modul 1: Mulakan Perniagaan di Laman E-Dagang (Shopee & Lazada)

Apa yang akan anda pelajari sepanjang sesi ini?

  1. Tutorial muat turun aplikasi Shopee & Lazada
  2. Tutorial daftar akaun dan membuat persediaan akaun
  3. Tutorial untuk membuat penghantaran produk
  4. Tutorial memuat naik produk di aplikasi Shopee
  5. Cara membuat diskaun, baucar, bundle deal dan follow prize
  6. Mempelajari asas pengoptimuman produk
  7. Memahami mekanisme promosi untuk menarik perhatian pelanggan
  8. Mengenal pasti metrik data utama operasi kedai e-dagang
  9. Belajar bagaimana menafsirkan data dalam analisa perniagaan

Modul 2: Mula Menjual di Laman Media Sosial (Facebook & Instagram)

Apa yang akan anda pelajari sepanjang sesi ini?

  1. Jual produk melalui Facebook Marketplace
  2. Bina kedai di Facebook Marketplace yang kukuh dan mampu menjana pendapatan
  3. Jana pendapatan melalui Facebook Group dan dapatkan keuntungan yang konsisten setiap tahun daripada Facebook Group
  4. Latih pengurus komuniti dan automasikan pertumbuhan Facebook Group
  5. Pengetahuan pemasaran Facebook dan Instagram
  6. Kemahiran facebook ads
  7. Mengenalpasti sasaran
  8. FB Marketing Fundamental

Modul 3: Penghasilan Kandungan dan Penulisan yang menarik (Content & Copywriting)

Apa yang akan anda pelajari sepanjang sesi ini?

  1. Menentukan dan memahami matlamat pemasaran kandungan
  2. Sediakan kalendar kandungan yang berjaya & berikan pengalaman kandungan yang unik
  3. Cari khalayak yang tepat dan kembangkan strategi pemasaran kandungan yang berjaya
  4. Buat penjualan kandungan & penjanaan petunjuk yang berkesan
  5. Menyampaikan kandungan yang menarik dengang memilih platform yang betul
  6. Mempromosikan kandungan dengan media sosial dan mengukur kandungan
  7. Memahami strategi penghasilan kandungan
  8. Mempelajari teknik penghasilan video
  9. Memahami pelbagai jenis kandungan
  10. Menghasilkan (membuat) atau menggunakan semula (kandungan orang lain)
  11. Membina pertumbuhan organik melalui kandungan
  12. Alat & sumber untuk pemasaran kandungan

Modul 4: Kepentingan Google Marketing dalam perniagaan atas talian (SEO & SEM)

Apa yang akan anda pelajari sepanjang sesi ini?

  1. Cara menyediakan akaun AdWords anda dari awal
  2. Teori di sebalik pengiklanan dalam talian yang berjaya
  3. Apa kata kunci dan bagaimana menggunakannya untuk keuntungan anda
  4. Cara memanfaatkan laporan pesaing dan data pelanggan dalam kempen anda
  5. Cara menulis dan menguji iklan A / B anda
  6. Cara meningkatkan skor kualiti dan mengurangkan kos per klik anda
  7. Cara menyusun akaun, kempen, kumpulan iklan dan senarai kata kunci
  8. Cara menganalisis data kata kunci di excel untuk mendapatkan gambaran lebih mendalam mengenai data anda
  9. Cara mengotomasikan tugas pengoptimuman anda dan menjalankan analisis
  10. Cara memantau prestasi kempen anda secara berkala
  11. Cara melihat masalah di akaun anda dan apa yang perlu anda lakukan untuk memperbaikinya
  12. Bagaimana memahami pelanggan anda dari tahap psikologi

ADAKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MELANGKAH KE PERNIAGAAN DIGITAL?

Sepanjang kos ini, anda semua akan belajar cara untuk bermula ambil tindakan! Anda akan mempelajari teknik yang betul dan strategi-strategi yang menyeluruh mengenai Platform Digital. Akhir sekali, anda mampu memacu bisnes anda ke dunia digital dan boleh lihat hasilnya nanti!

Daftar sekarang untuk anda mendapatkan banyak manfaat dan boleh kembangkan bisnes anda ke dunia digital!

0111-0895185

Khairul Ikhwan

Email

ecdivision@sidec.com.my