SERTAI KAMI SEBAGAI PEMBEKAL PERKHIDMATAN DIGITAL UNTUK MEMBANTU TRANSFORMASI DIGITAL PKS

Yakin bahawa produk anda dapat membantu mendigitalisasikan PKS? Jika anda menjawab ‘ya’ kepada soalan di atas, anda dijemput untuk memohon sebagai pembekal perkhidmatan digital untuk Geran Padanan Digitalisasi PKS Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan 50% geran padanan atau maksima RM5,000 kepada setiap PKS untuk melanggan pembekal perkhidmatan digital yang ditetapkan. Geran yang bernilai RM5 juta ini bertujuan untuk membantu PKS Selangor untuk mendigitalisasikan perniagaan mereka.

Pembekal perkhidmatan digital yang diperlukan dalam 8 Bidang Digitalisasi

Syarat Kelayakan

Syarikat berdaftar di bawah undang-undang Malaysia yang berkaitan

Syarikat sekurang-kurangnya 51% dimiliki oleh rakyat Malaysia

Syarikat yang beralamat dan beroperasi di Selangor

Modal berbayar sekurang-kurangnya RM50,000

Syarikat telah beroperasi melebihi 3 tahun atau berjaya memberi penyelesaian digital kepada sekurang-kurangnya 100 syarikat

Senarai Semak Dokumen Sokongan

  1. Sijil SSM, Salinan Diakui Sah Borang 9 dan Profil Syarikat dari SSM Klik di sini untuk memuat turun rujukan
  2. Profil syarikat (Perihal bisnes)
  3. Penyata bank syarikat untuk 2 bulan terkini
  4. Penyata kewangan yang telah diaudit (2020) atau akaun pengurusan terkini atau bukti jualan
  5. Rekod 100 pelanggan yang telah diberikan perkhidmatan (jika ada) Klik di sini untuk memuat turun rujukan.
  6. Minima 5 testimoni pelanggan. Klik di sini untuk memuat turun rujukan.
  7. Risalah jualan, produk/senarai harga penyelesaian digital

Catatan: sila sediakan dokumen sebelum mengisi borang permohonan

Aliran Proses

Pendaftaran
Permohonan geran dibuka untuk Pembekal Perkhidmatan Digital

Kelulusan
Pembekal Perkhidmatan Digital yang lulus permohonan akan menerima notifikasi melalui emel

Pengaktifan
Pembekal Perkhidmatan Digital harus mengimplementasikan sistem digital untuk PKS dalam tempoh 1 bulan

Bukti Pengaktifan
Pembekal Perkhidmatan Digital harus menghantar dokumen pelaksanaan sebagai bukti pengaktifan produk

Pembayaran Geran
Pembayaran geran kepada bank akaun Pembekal Perkhidmatan Digital

Nota: Jika pembekal perkhidmatan gagal melaksanakan sistem digital dalam tempoh masa yang ditetapkan, bayaran geran akan ditangguhkan.

DAFTAR SEKARANG UNTUK TERLIBAT DALAM PROSES PENGJANGKAUAN PKS DAN MENYUMBANG KEPADA PEMBANGUNAN EKOSISTEM DIGITAL

Sila ambil perhatian bahawa ini adalah pra-pendaftaran dan permohonan anda akan disemak pada tahun 2022.

PENDAFTARAN KINI DITUTUP

Soalan Lazim

  • Apa itu Pembekal Perkhidmatan Digital?

    Pembekal Perkhidmatan Digital adalah syarikat teknologi tempatan yang dikenal pasti untuk menyokong PKS Malaysia dalam penggunaan penyelesaian digital di bawah Geran Padanan Digitalisasi PKS Selangor.

    PKS yang berminat untuk memohon geran padanan ini akan diminta untuk merujuk kepada senarai nama Pembekal Perhidmatan Digital yang disenaraikan di laman web SIDEC.

  • Bolehkah saya mendaftar sebagai Pembekal Perkhidmatan Digital jika syarikat saya bukan beralamat di Selangor?

    Permohonan ini hanya dibuka kepada syarikat teknologi yang berdaftar di Selangor atau beralamat di Selangor.

  • Bilakah permohonan untuk Pembekal Perkhidmatan Digital akan dibuka?

    Permohonan untuk Pembekal Perkhidmatan Digital akan dibuka pada 1hb Julai sehingga 16hb Julai, 2021, 12 petang.

  • Bolehkah saya mendaftar sebagai Pembekal Perkhidmatan Digital untuk Geran Padanan Digitalisasi PKS Selangor jika saya juga salah satu Penyedia Penyelesaian Teknologi untuk Inisiatif Geran Padanan Digital PKS?

    Boleh, anda masih boleh mendaftar untuk menjadi Pembekal Perkhidmatan Digital kami.

  • Adakah permohonan ini hanya dibuka untuk syarikat yang menawarkan perisian sebagai pakej perkhidmatan (SaaS)?

    Tidak. Walau bagaimanapun, SaaS adalah lebih digalakkan dan kami menggalakkan syarikat supaya menawarkan penyelesaian digital mereka di cloud.

  • Bolehkah saya mendaftar sebagai Pembekal Perkhidmatan Digital jika syarikat saya menawarkan penyelesaian digital dalam pakej hybrid cloud?

    Ya, ia boleh diterima.

  • Bolehkah saya menawarkan penyelesaian digital yang tidak terhad kepada sokongan perisian tetapi juga memerlukan sokongan perkakasan seperti desktop, tablet, pengimbas kod bar dan lain-lain?

    Boleh, tetapi ini hanya boleh diterima untuk sistem E-PoS sahaja. Untuk Bidang Digitalisasi lain, ia akan dinilai mengikut kes.

  • Bolehkah saya mendaftar sebagai Pembekal Perkhidmatan Digital selain daripada 5 Bidang Digitalisasi Utama yang disenaraikan?

    Buat masa ini, kami hanya mencari Pembekal Perkhidmatan Digital untuk 5 Bidang Digitalisasi Utama yang disenaraikan sahaja.

  • Perlukah saya mengemukakan lebih daripada satu permohonan jika syarikat saya menawarkan beberapa bidang digitalisasi?

    Jika syarikat anda menawarkan pelbagai bidang digitalisasi, anda hanya perlu menghantar satu permohonan tetapi anda hanya boleh memilih maksima 2 daripada 5 perkhidmatan digitalisasi.

  • Bolehkah saya menghantar permohonan jika saya memiliki beberapa syarikat?

    Ya, kerana permohonan adalah berkaitan dengan syarikat dan bukan individu. Tetapi anda perlu mengemukakan permohonan lain untuk syarikat lain yang dimiliki.

  • Untuk perisian sebagai pakej perkhidmatan (SaaS), bolehkah saya mempertimbangkan perusahaan yang menggunakan percubaan percuma untuk memenuhi kriteria tersebut?

    Boleh, tetapi anda akan diminta untuk memberikan dokumen sokongan seperti rekod penggunaan dan lain-lain.

  • Bagaimana untuk menunjukkan bukti 100 pelanggan yang telah diberikan perkhidmatan?

    Anda diminta untuk memberikan nama pelanggan dan maklumat yang relevan dalam fail Excel yang disediakan bersama dengan borang permohonan.

    SIDEC berhak untuk meminta maklumat atau bukti tambahan apabila diperlukan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan auditnya.

  • Bolehkah saya mengambil kira pelanggan korporat untuk memenuhi kriteria 100 pelanggan yang telah diberikan perkhidmatan?

    Boleh. Walaupun ini dapat menunjukkan kemampuan anda, tetapi anda mesti bersedia untuk menyokong PKS yang merupakan penerima geran ini.

  • Bolehkah saya mendaftar sebagai Pembekal Perkhidmatan Digital terlebih dahulu sementara saya meminta resolusi lembaga pengarah untuk meningkatkan modal berbayar RM100,000 untuk mematuhi kriteria yang disebutkan?

    Tidak, anda diminta untuk mematuhi syarat wajib semasa permohonan. Oleh itu, kami mencadangkan agar anda melengkapkan semua item yang diperlukan sebelum menghantar permohonan anda.

  • Saya merupakan pemilik Malaysia tetapi syarikat saya berdaftar di luar negara. Bolehkah saya mengambil bahagian?

    Untuk layak memohon, syarikat atau alamat syarikat anda mesti berdaftar di Selangor. Syarikat anda juga harus sekurang-kurangnya 51% dimiliki oleh rakyat Malaysia.

  • Bagaimana untuk mendaftar jika saya berminat untuk menyertai sebagai Pembekal Perkhidmatan Digital?

    Syarikat yang berminat untuk menyertai sebagai Pembekal Perkhidmatan Digital boleh melayari URL berikut untuk mendaftar di https://www.sidec.com.my/dspselangorsmegrant2021/#daftar

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila e-mel kepada weiping@sidec.com.my dan pohsueli@sidec.com.my

  • Bagaimana untuk menyemak status permohonan saya sebagai penyedia perkhidmatan digital?

    Permohonan memerlukan 21 hari bekerja untuk diproses dan anda akan dimaklumkan melalui e-mel mengenai status anda.