+603-5521 8580 info@sidec.com.my

7 April 2021, Shah Alam – Kempen terkini Selangor E-bazar – Kempen Selangor E-bazar CNY yang diadakan dari 1 Februari sehingga 7 Mac 2021 telah mencatatkan hasil yang memberangsangkan dengan kesan riak (ripple effect) sebanyak RM619 juta kepada ekonomi Selangor termasuk jualan terus bernilai RM35.5 juta.

Kerajaan Selangor telah menyalurkan RM2 juta sebagai baucar subsidi untuk kempen Selangor E-Bazar CNY yang menyaksikan penyertaan 19,644 peniaga e-dagang baharu, sekaligus memanfaatkan 77,903 peniaga e-dagang secara keseluruhan.

Angka tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 157% daripada sasaran awal 12,500 peniaga e-dagang baru yang dijangka menyertai kempen ini. Ini menunjukkan sememangnya lebih ramai Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) telah mendapat manfaat daripada kempen ini.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kempen Selangor E-Bazar CNY telah memastikan agar penjual Selangor menjadi pilihan utama pelanggan dalam memenuhi bekalan, keperluan isi rumah dan keperluan Tahun Baru Cina such as tart nanas, pakaian, peralatan sukan, earphones serta karpet.

Kempen tersebut juga membantu PKS menjana hasil jualan ketika PKP 2.0 manakala pengguna pula telah menikmati sambutan perayaan yang sederhana. Tart nanas – sejenis makanan utama Tahun Baru Cina – merupakan salah satu daripada 10 produk yang paling laris. Ini menunjukkan pengguna telah menyesuaikan diri dengan norma baharu dengan membeli-belah atas talian.

Kempen tersebut diselaraskan bersama oleh Invest Selangor dan Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (Sidec) dengan kerjasama bersama Shopee dan Lazada—dua platform e-dagang paling digemari di Malaysia.

Exco Industri dan Perdagangan Selangor Dato’ Teng Chang Khim berkata kerajaan negeri amat berbangga kerana lebih ramai peniaga baru telah menerokai bidang e-dagang melalui kempen terkini.

Beliau berkata keputusan kempen Selangor E-Bazar CNY juga menunjukkan demografi pengguna e-dagang telah bertukar daripada golongan anak muda yang pada kebiasaannya didorong dengan pembelian mengikut gerak hati kepada orang dewasa bekerja yang mementingkan keperluan semasa.

“Kebanyakan pengguna adalah dalam lingkungan 35 hingga 44 tahun. Ramai antara mereka adalah pencari nafkah keluarga yang mencari jalan untuk mencipta suasana perayaan Tahun Baru Cina di rumah.”

Empat kategori jualan paling popular merupakan kesihatan & kecantikan, automotif, barangan rumah serta barang berkaitan dengan permainan, buku dan hobi.

Oleh kerana salun kecantikan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP, para pengguna telah mengambil kesempatan sempena perayaan Tahun Baru Cina untuk membeli produk kesihatan dan penjagaan diri seperti losyen badan dan produk kosmetik.

Permintaan barang penjagaan automotif juga telah meningkat. Besar kemungkinan kerana pemilik kereta perlu menjaga hal berkaitan kereta mereka sendiri.

“Kategori barangan rumah merupakan kategori ketiga terbaik selari dengan lebih ramai orang yang terpaksa tinggal di rumah sepanjang PKP. Persekitaran rumah yang selesa menjadi keutamaan rakyat yang mengurangkan aktiviti di luar rumah.

“Barang berkaitan permainan, buku dan hobi juga laris kerana menjadi pengganti kepada keperluan pendidikan yang meningkat disebabkan oleh penutupan sekolah sepanjang PKP,” tambahan Teng.

Pada masa yang sama, Pengurus Kanan (Pemasaran) Shopee Malaysia Tan Ming Kit berkata: “Dalam orang Malaysia bekerja untuk meratakan lengkung Covid-19, meraka masih perlu mencari platform untuk membeli keperluan untuk Tahun Baru Cina.”

“Kempen tersebut juga kebetulan dengan Jualan 2.2 kami. Justeru itu, penjual di negeri dapat menikmati trafik pelanggan ysng tinggi. Bukan sahaja perkara ini menyumbang kepada ekonomi negeri, namun ia juga menunjukkan Shopee membantu penjual dan pengguna mengaplikasikan pendigitalan dan memudahkan e-dagang sebagai inklusif serta bermanfaat untuk semua rakyat Malaysia.”

Ketua Pegawai Perniagaan Lazada Malaysia Sherry Tan berkata: “Sejak kami menjadi rakan kongsi bersama Kerajaan Selangor, kami telah membantu berpuluh ribu PKS Mikro di Selangor dan peniaga kecil untuk menjalankan pendigitalan dan peningkatan kemahiran serta menyokong perjalanan transfomasi digital dengan Lazada University untuk memulih, mengembang dan menampung perniagaan mereka.

“Penjual juga memanfaatkan peralatan digital dari Lazada seperti Sponsored Search, LazLive slots serta pendedahan pemasaran untuk menjayakan perniagaan. Kami menanti untuk menyokong inisiatif untuk memecut pemulihan peniagaan tempatan dan ekonomi.”

Pada masa yang sama, untuk menunjuk tekad Kerajaan Negeri Selangor dalam meneruskan usaha pendigitalan PKS serta perniagaan mikro, Teng mengumumkan pelancaran Kempen Selangor E-Bazar Raya 2021.

Seperti kempen yang terdahulu, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM2 juta dalam bentuk baucar subsidi. Kempen tersebut akan berlangsung dari 15 April sehingga 29 Mei 2021.

“Tiga pusingan kempen Selangor E-Bazar yang terdahulu telah menjana jutaan ringgit melalui jualan terus. Ini telah membuktikan bahawa agenda ekonomi digital yang diterajui oleh kerajaan negeri telah membantu para peniaga menjana lebih banyak pendapatan atas talian ketika wabak Covid-19.”

Dari dua pusingan kempen Selangor E-Bazar pada tahun 2020, PKS telah berjaya menjana RM1.39 billion kesan riak kepada ekonomi melalui jualan terus bernilai RM43.76 juta daripada RM3 juta baucar yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.